Pages

whos among us

i am back and got to go back !



hehe, baru balik dari percutian selama 3hari 2malam di Cameron Highlands + 1malam 1hari di umah opah di Kg.Sg.Kamin di Selangor.uish, package ke ? ahaha. .takla . . hemm , badan terasa sangat-sangat letih walaupun tak banyak la sangat kerja yang aku kena buat . aku rasa rehat je kott. dah nama pon gamaknya cuti, bukannya bekerja pon. kan? kan? kan?

okayy. walaupon aku dah pernah pergi ke Cameron Highlands sebelum ni , tapi , aku tak pernah update pon pasal ni kan? nampak sangat macam tak istimewa je percutian sebelum ni. ehh, takla. istimewa! tapi, keistimewaannya kurang sedikit. yala, sebelum ni pergi 1malam. rasa tak puas tido sejuk-sejuk walhal time nak mandi rasa macam tak mau mandi je setahun. OMG! teruk sangat ke ? teruk la jugak sebab air tuhh rasa macam air ais batu. tak teruk lagi ke ? bhahaha.

btw, pemandu pelancong yang bertauliah ada sama tau. hehe. sapa lagi kalau bukan abang kesayangan aku abang syam. aiee. hehe.don't be worry mama and daddy, i love u too. haha. abang aku ada senang la sikit, first thing abah aku tak susah-susah untuk pandu kereta and second things aku pun tak kelam kelibut untuk tengok papan tanda jalan. wahh. rehat sakan lahh aku sambil layan perasaan yang tak berperasaan mana pun. hek elah. ye ye ja kan kak jah ?

okayy, selepas aku dan family habiskan percutian kami di CH, kami got to go rumah emak emak aku. ehek. rumah opah aku. :) that's was the best things i would have at there. dalam perjalanan, tetiba je perut aku bagi isyarat dekat otak untuk fkir pasai durian. tiba-tiba rasa KEMPUNAN. ahak! KEMPUNAN? tragisnya. MENGIDAM. ehh, aku tak mengandung lahh. okay. senang cerita, TERINGIN. haha. susah sangat kan. nak kata lama tak makan , baru je kot makan tak sampai 5 bulan lagi. alahai lai lai lai.

dengan perasaan taktau malunya aku pon tanyalah kat bapak aku. opss. abah. "abah, rasa-rasanya durian kat rumah opah ada dak?" abah aku kata, "ada kott, awat ?" "lani musim ka dak?" cewah. abang aku jawab, "dak, musim durian dah lepas la." okayy. abang aku nampak menyibok kan ? haha. and then , aku diam. konon merajuk bagai. sebab takut kempunan durian. hehe. dalam hati berdoa tak habis-habis nak makan durian.

alhamdullillah. hajat aku kesampaian. durian!! it was there. aku kempunan. aku kempunan. OMG! nampak bagai kanak-kanak Palestin dah baru jumpa makanan. haha. aku tak kisah. aku memang durianholic. yaka? ada ka? haha. kasi hentam saja lahh.

esoknya, balik KEDAH.and now kat kedah.esok nak pergi PENANG! nak lari dari kenduri sedara. hehe. sedara sini tak berapan nak baik lahh. kata orang tuh, tak berapa nak nganm lah. ekeke.

with sakit belakang and penat, aida
saya budak baru belajar berblogging :)

pacarku hilang diambil orang !

okay . sedih ? ada la sikit , banyak ? tak berapa banyak sangat . sikit-sikt ja . tapi , mula-mula seidh banyak la jugak . serius ! rasa macam aku tak dapat nak terima kenyataan and nak hadapi masa depan tanpa dia. rasa macam hati , jiwa dan jasad aku dah hilang untuk seumur hidup aku. sampaikan bila mak aku sebut hanya nama dia , aku rasa senang sangat air-air jernih turun dengan lajunya membasahi pipi aku . seolah aku hampir putus asa untuk teruskan hidup . dunia aku terasa gelap . bagai malam tanpa siang . mungkin aku terlalu sayangkan dia . ya , sangat-sangat! hampir setiap hari mak aku paksa aku untuk makan , tapi kenyataannya selera aku dah hilang . kalau dulu ,aku mampu makan apa-apa sahaja hampir setiap masa . tapi , sekarang , berat aku makin susut . mak aku pernah kata , cinta yang aku alami hanyalah cinta monyet and semua tuh memang lumrah alam and hanya sementara . tapi kenapa seakan-akan ini cinta yang nyata dan kekal abadi ? mungkin ini rasa dan perasaan aku . mungkin betul kata mak . kawan-kawan yang ada semua tahu tentang masalah aku dan bersimpati dengan nasib yang aku alami . hampir semua menyebelahi aku kerana mereka tahu aku tidak bersalah . mujurlah kawan-kawan yang baik banyak membantu dalam meneruskan kehidupan aku sama ada di sekolah atau di rumah . nina , kawan baik aku yang paling rapat . sentisa di sisi aku untuk menerangi hari aku dengan gelak tawa yang mengiringi . dialah yang memberi dorongan kepada aku untuk melupakan orang yang aku sayang untuk selama-lamanya . terima kasih kawan . aku semakin berusaha untuk menerima cabaran itu. aku semakin kuat menjalani hari-hari yang berliku . jyeayh .aku berjaya melupakan dia . untuk selama-lamanya . aku berjaya lupakan kisah-kisah lama yang masih mengekori . memanggil-manggil aku . HAHA! tidak akan aku ulangi kembali . whoaa , jiwang siot and berkarat-karat . kikik . aku berharap hang akan bahagia dengan pemergian aku ini sayang :)
mungkin ni jugak penamat untuk cerita CINTA kita right ? aku redha dan pasrah untuk segala-galanya.aku takkan pernah lupakan kisah kita sama ada itu pahit atau manis bagi aku . bagi aku , kenangan tetap kenangan . kenangan itu akan aku bawa sampai aku mati .
thanks sayang , sebab hang cepat sangat lupakan aku tanpa perasaan belas ikhsan dalam diri hang . hanglah manusia paling kejam pernah aku jumpa selama aku hidup . aku takkan tertipu lagi dengan kata-kata lelaki . semuanya dusta belaka . tidak semua . okay . takut kena band . HAHA! :P aku takkan pernah berhenti cintakan hang sampai bila-bila walaupun hati aku sakit macam mana sekalipun.
with love ,aida.
saya budak baru belajar berblogging :)