Pages

whos among us

Boleh ke?

Aku nak berubah Aku tau mungkin selama ni mulut aku agak laser jika dibandingkan dengan budak-budak di dalam kelas aku sendiri.Aku pun sedar akan hakikat itu selama ini. Tapilah kan, sejahat-jahat aku kan, jahat lagi mulut seorang budak di dalam kelas aku yang kononnya orang lain dan cikgu-cikgu sekolah aku anggapnya sebagai “malaikat” kononnya lahh kan? Bhahaha. Semua orang tak sempurna kan? Ya, dia lagi jahat pada aku. And now, aku baru sedar hakikat itu Okayy, aku dan kawan baik aku Nina sedar semua itu. Mungkin jika kami tersalah langkah, padah jawabnya. Ya, memang tak dapat dinafikan lagi selepas satu peristiwa yang amat memeritkan kami berdua bersama seorang lagi sepupu aku yang bernama Aisyah. Ya, kami dituduh “LAP KELAS”. Apa? Bukan mengelap. Tapi , macam kira kes ponteng kelas lahh jugakk. Tapi, kami tidaklah sebodoh dan sebanggang itu nak buat jahat. Kami setakat mulut saja yang tak berapa nak baik. Tapi, kami juga bukan jenis yang suka buat khianat dengan kawan-kawan mahupun musuh sendiri. Rekod kami bersih lagi okayy? Hari tuh, aku rasakan macam pedang samurai telah menikam hati aku. Ya, sangatlah perit di dalam hujan renyai bak sepoi-sepoi bahasa bhai. Hahaha. Jahanam peribahasa aku. Tapi, selamatlah jugakk sebab tiada seorang pun yang tahu aku menangis kecuali nina dan hujan. Hujan tahu? Okayy, gasaklahh. Ya, korang nak tahu kenapa aku menangis? Hahaha. Aku ni jenis sensitif sikit tau. Aku kena marah dengan cikgu. Tapi, tidaklah secara berhadapan. Cuma kawan-kawan aku yang bagitahu. And then, secara automatiknya, aku terus pergi mintak maaf dengan cikgu tuhh sendiri. Mungkin kerana dah terbiasa meminta maaf selepas membuat kesalahan. Aku cuba beranikan diri meminta maaf secara berhadapan walaupun di dalam hati ni rasa ketakutan sangat mempengaruhi perasaan. Yaaa, malu dengan cikgu satu hal, and ditambah pulak cikgu seorang lagi. Ya, sangat malu and malu tak terkira. Selepas meminta maaf, aku terus keluar dari tempat cikgu berada dan terus menangis seada-adanya tak terkira. Nak kira malu? Yes, ada sangat. Sebab mungkin orang-orang di pejabat akan nampak aku menangis. Ah, peduli apa aku. Bukan aku yang bersalah. Aku dituduh!! Ya, aku dituduh. Memang kejam budak kelas aku kan? Hampir demam aku malam tuhh, disebabkan tuduhan yang tak berasas dan nampak macam orang yang tak berpendidikan. Aku hanya dapat memohon seribu keampunan daripada Allah S.W.T jika aku ini bersalah. Minta ditenangkan hati setenang-tenangnya. Esok bermulalah hari baru. Semoga aku dapat menempuhi hari esokk. . .
with love, aisya :)
saya budak baru belajar berblogging :)

No comments:

Post a Comment

assalammualaikum ,
nak komen ? komen je !
terima kasih :)